Program Jalinan Asyura 2012

Seperti tahun-tahun lepas  BAKIT sekali lagi menganjurkan program yang menyatukan anggota TM Pulau Pinang dari pelbagai unit. Acara mengacau bubur Asyura sempena hari ke-sepuluh dalam tahun hijrah telah diadakan dengan jayanya pada 6 November 2012 bertempat di perkarangan ibusawat TM Kepala Batas.

AMPP turut menghantar peserta bagi menjayakan program ini. En Ahmad Fauzee Arshad dan Puan Aziatul Nureen Samsudin mewakili ZBC 1 manakala Puan Hazalina Hashim ZBC 5.

Tahniah kepada penganjur dan semua anggota yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Berikut disediakan antara gambar-gambar yang dirakamkan semasa perjalanan acara tersebut. Gambar-gambar ini merupakan ehsan daripada peserta acara ini. Jika anda ingin menyumbangkan gambar yang ada dalam simpanan sila e-melkan kepada admin website ini, fauzee@tm.com.my.